Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mohd Zulkurnain Che Ali (tiga dari kanan) sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh pengusaha pembungkusan mesra alam pada Majlis Pelancaran Tapak Rintis Premis Hijaun dan Sistem Pencernaan Anaerobik di Subang Jaya. Bersama beliau ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani (dua dari kanan) dan Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Teknologi Hijau KeTTHA, Rogayah Kadari (kanan), di MPSJ, hari ini.

SIARAN MEDIA

                                                                                                         

TAPAK RINTIS PREMIS MAKANAN HIJAU DAN SISTEM PENCERNAAN ANAEROBIK DILANCAR DI SUBANG JAYA
 
SIRIM bangunkan teknologi pencernaan anaerobik dan pembungkusan Green- Blue

 

SUBANG JAYA, 26 Sept 2017: Projek Mewujudkan Industri Pembungkusan Green-Blue (GB) sebagai langkah memperkasa industri berkenaan melalui pewujudan rantaian nilai industri pembungkusan GB, melangkah setapak lagi melalui pelancaran Tapak Rintis Premis Makanan Hijau dan Sistem Pencernaan Anaerobik di sini, hari ini.
Di bawah projek Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) itu, Medan Selera USJ 7, Subang Jaya adalah tapak rintis premis makanan hijau yang ketiga dilancarkan selepas Medan Ikan Bakar Kampung Gelam, Port Dickson dan Medan Selera Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mohd Zulkurnain Che Ali. Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Teknologi Hijau KeTTHA, Rogayah Kadari serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

SIRIM, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh KeTTHA sebagai agensi pelaksana bagi projek ini yang juga melibatkan pembangunan kemahiran dan pengalaman untuk melanjutkan perkhidmatan dan kepakaran berkaitan pembungkusan GB kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menceburi industri ini.

Pembungkusan GB adalah teknologi pembungkusan inovatif yang menggabungkan konsep biodegradasi dan pembaikpulih sumber bagi menyokong kelestarian alam sekitar dan perniagaan.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani, dua projek yang telah dilancarkan sebelum ini sedang berjalan dengan baik.

“SIRIM menyediakan sebanyak dua juta unit sampel pembungkusan GB kepada peniaga di premis makanan hijau yang dilancarkan di Port Dickson, Melaka dan USJ dan termasuk di Sepang yang dijangka dilancarkan November depan.

Di bawah inisiatif ini juga, sistem pencernaan anaerobik turut diperkenalkan di premis makanan hijau yang akan merawat pembungkusan GB bersama sisa makanan untuk menghasilkan biogas dan biobaja sebagai pendekatan pembaikpulih sumber dan seterusnya mengurangkan pelepasan gas hijau.

“Sistem anaerobik yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima sekitar 100 sehingga 200 kilogram sisa makanan setiap hari daripada hotel-hotel berdekatan dan dijangka beroperasi dengan kapasiti maksimum, iaitu 500 kilogram sehari pada hujung tahun ini.

“Manakala sistem anaerobik yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka pula masih di peringkat ujilari untuk menguji keupayaan sistem yang dilaksanakan,” kata Prof Ir Dr Ahmad Fadzil.  

Bagi tujuan pensijilan Pelabelan Eko Premis Makanan Mesra Alam, sebanyak 65 gerai peniaga di medan selera terpilih akan menerima khidmat perundingan sebagai persediaan awal sebelum pengauditan oleh badan pensijilan SIRIM QAS International.

Pada majlis itu, seramai 20 pengusaha premis makanan dari Medan Selera Awam USJ 7 dibekalkan dengan bekas pembungkusan makanan GB, bahan pencuci mesra alam yang menerima pensijilan pelabelan eko dan sistem pencernaan anaerobik sebagai sistem pengolahan sisa makanan yang berasaskan konsep pembaikpulih sumber untuk tempoh rintis ini.

Turut diadakan sesi taklimat dan Program Peningkatan Keupayaan bersama Pihak Berkuasa Tempatan, peniaga medan selera dan konsesi pembersihan. Topik yang dibentangkan adalah Pembungkusan Green-Blue, Pelaksanaan Operasi Sistem Pencernaan Anaerobik, Pelaksanaan Penyelenggaraan Sistem Pencernaan Anaerobik, Pelabelan Eko Premis Makanan Mesra Alam dan Penyisihan Sisa Makanan.

Biogas yang terjana daripada sisa makanan yang telah dirawat di Medan Selera Awam USJ 7 ini, akan ditukar kepada tenaga elektrik untuk kegunaan setempat.

 

 

###

 




SIRIM researcher is adding in food waste into the anaerobic digestion system at USJ 7 Food Court, Subang Jaya. The machine will treat the Green Blue (GB) packaging and food waste to produce biogas and biofertiliser as a source of rehabilitation approach and thereby reducing green gas emissions. Biogas generated from food waste treated at USJ 7 Food Court will be converted into electricity for local use.



PRESS RELEASE

 

GREEN FOOD PREMISE SITE AND ANAEROBIC DIGESTION SYSTEM LAUNCHED IN SUBANG JAYA

SIRIM develops anaerobic digestion technology and Green-Blue Packaging

 

SUBANG JAYA, 26 Sept 2017: A Green Food Premise Site and an Anaerobic Digestion System is launched here today under a project to set up a Green-Blue Packaging Industry (GB) through the creation of a GB packaging industry value chain.

The project located at the USJ 7 Food Court, Subang Jaya was initiated by the Ministry of Energy, Green Technology and Water (KeTTHA). It is the third green food premise site launched after Medan Ikan Bakar Kampung Gelam, Port Dickson and Melaka Mall Complex Food Court, Ayer Keroh, Melaka.

The launching ceremony was officiated by Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) Deputy President, Mohd Zulkurnain Che Ali. Present at the event were Senior Under Secretary of KeTTHA Green Technology Sector, Rogayah Kadari and SIRIM President and Group Chief Executive, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

SIRIM, an agency under the Ministry of Science, Technology and Innovation, has been appointed by KeTTHA as the implementing agency for this project which also involves the development of skills and experience to extend the services and expertise related to GB packaging to Small and Medium Enterprises (SMEs) that venture into this industry.

GB Packaging is an innovative packaging technology that combines the concept of biodegradation and resource restoration to support environmental and business sustainability.

According to President and Group Chief Executive of SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani, two million samples of GB packaging has been allocated to food traders at four green food premises in Port Dickson, Melaka, USJ and soon to be launched in Sepang.

Under the initiative, an anaerobic digestion system was also introduced at the green food premise that would treat GB packaging and food waste to produce biogas and biofertiliser as a source of rehabilitation approach and thereby reducing green gas emissions. Biogas generated from food waste treated at USJ 7 Food Court will be converted into electricity for local use.

"The anaerobic system operated by the Port Dickson Municipal Council received around 100 to 200 kilograms of daily food waste from nearby hotels and it is expected to operate at a maximum capacity of 500 kilograms per day at the end of the year.

"Meanwhile, the anaerobic system operated by the Hang Tuah Jaya Municipal Council, Melaka is still at the testing stage to check the capabilities of the system," said Prof Ir Dr Ahmad Fadzil.

For the certification of Green Food Premises, 65 food traders at selected food court will receive consultancy services as an early preparation before auditing by certification body, SIRIM QAS International.

During the event, a total of 20 food premise operators from the USJ 7 Food Court were supplied with GB food packaging containers, environmentally friendly detergent that received eco-labelling certification and anaerobic digestion system as a food waste treatment system based on the concept of resource restoration for this pilot period.

A briefing session and capacity building program were also conducted with the local authorities, food traders and cleaning concessions. Topics presented were Green-Blue Packaging, Implementation of Anaerobic Digestion System Operation, Implementation of Anaerobic Digestion System Maintenance, Eco-Friendly Food Premise Eco-labelling and Food Residual Removal.

                                                                                     ###